Buka Mata Buka Hati

Aku tidak sedar dunia yang aku sedang bernafas ini dunia fantasi dan penuh dengan mereka-mereka yang berpura sehingga aku diuji oleh Allah s.w.t 

    "Pah, nnti aku dtg lawat kau... Aku tolong kau catch up balik apa yang kau tertinggal bla bla bla..." Dusta. Bukan nak kata apa. Tapi aku tunggu. Sehingga aku hendak menangis memikirkan kenapa mereka perlakukan aku seperti ini? Adakah mereka sudah melupakan aku dan membuang aku begitu saja sebab aku dah tak berguna bagi mereka? 

       Sedang mereka yang aku tak expect boleh tolong aku sudikan hulurkan bantuan. Ye, memang tak expect. Dulu dia tak suka aku atau aku sendiri yang memerangi dia. Orang yang aku pinggirkan atau sering aku perkatakan akhirnya dia yang hulurkan tangannya dikala aku dilanda musibah. Dan mereka yg konon nya 'sayang' dan 'baik' dengan aku seperti musibat. 

          "Ni aku dah screenshot dan list kan homework. Kau ok tak ni? Bila nak sihat? Get well soon, makan ubat." Mungkin nampak ringkas tapi sangat mengharukan. Disaat tiada siapa yang menghiraukan aku. Disaat itu dia muncul dan bantu aku. 

         "Hello, pah. Kau dekat hospital lagi ke? Emm.. Teruk ke keadaan kau? Nnti in sha allah kalau sempat aku datang jenguk kau." Sekurangnya aku tak silap pilih kawan baik. Kawan yang sering bersamaku dan tahu segala rahsia ku. Aku cukup bersyukur dia menelefon aku. Sekurangnya dia concern pasal aku. Lagi aku tak menyangka dia betul² datang jenguk aku. Ya Allah,  terharunya ketika itu. Lagi 2 orang kawan aku datang bersama dia. Dah plan nak jenguk aku katanya dekat group whatsapp. Haih, mereka memang suka plan plan ni... Tapi sayangnya mereka tidak lagi bersamaku selalu sebab berlainan aliran dan kelas. Sungguh, aku perlukan mereka dan merindui mereka. 

     "Pah. Aku minta maaf sbb tak dapat lawat kau haritu and aku pun tak sempat nk dtg masa kau dh keluar dr ward. Takpe nnti aku tolong kau kimia."  Lagi satu janji macam kirai roti canai. Akhirnya aku bangkit sendiri. Kawan-kawan Chinese aku (mereka rapat dgn aku sbb aku boleh bertutur dlm bahasa cina dan ada yg diantara mereka ialah kawan ketika aku sjk(c).) yang banyak membantu dari segi pelajaran. Sunggu terharu mereka sudi ajar aku dr awal topik yang aku tertinggal. Aku kejar kawan chinese minta ajar.  Kaji sendiri topik yang aku tak faham. 

       Cikgu pun... Entah... Paling sedih bila cikgu tak memahami kenapa aku tidak hadir ke kelas dia lamanya. Jika aku mampu, aku datang. Tapi keadaan tak mengizinkan. Aku bukannya jenis yang sesuka hati nak hadir ke kelas atau tidak. Aku cuba memberi sepenuh komitmen jika berkaitan dengan pelajaran. Tapi aku anggap itu sebagai cabaran walaupun hakikatnya aku hampir menangis sebab terasa dengan cikgu itu tadi. 

       Setelah aku menghadapi liku-liku itu, baru aku sedar... Allah sebenarnya telah membuka pintu hati aku yang masih hanyut dalam dunia fantasi. Ya, mereka yg berpura itu wujud dimana-mana. "Kawan ialah mereka yang ada dikala susah dan senang. Bukannya hanya ada untuk bermain sahaja." Tapi aku cuba memaafkan mereka dan anggap segalanya ialah cabaran... Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Setiap kepahitan itu pasti akan ada manisnya seperti dark chocolate yang pahit tapi hakikatnya ia manis. 

       Aku senyap kerana aku sedar ianya jalan terbaik bagiku. Less talk do more. Semua perlu dilakukan dan bukan hanya dengan berkata-kata sahaja. Tapi yang penting segala perlu diniatkn kerana Allah kerana Allah lah penentunya. 

         Akhir kalam, doakanlah saya yang masih mencari keredhaannya dan jalan penyelesaian di dunia. Semoga Allah berikan kesihatan yang sempurna seperti sediakala kepada Dzarifah Hanis Binti Md Sairi dan kejayaan yang cemerlang dalam pelajarannya serta terus istiqomah dlm berjihad di jalan Allah serta sabar menghadapi segala ujian-Nya. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SLB Trip to Pantai Pengkalan Balak

Aidilfitri : Makna Raya

Struggle For PT3 !!! [Study Tips]