SLB Trip to Pantai Pengkalan Balak

As you know, Dzarifah memang busy dekat SPM jadi berhabuklah blog ni. *cough* But this time, entry kalini akan dipenuhi dengan memori sebagai presiden SLB. 

Before that, Dzarifah akan terangkan SLB ni apa, SLB stand for Student Leader Board. Dia macam pengawas cuma tugas dia lain. Dia bantu guru untuk organize sesebuah majlis atau dia sendiri akan conduct program atau majlis itu. Macam fasi team (menjerit, menyanyi dengan buat benda yang masa orientasi tu Dzarifah dah rasa). Apa yang gempaknya (ecewah) ialah SLB ni ada sampai peringkat Negeri yang dipanggil JSLC. Untuk keterangan lanjut, next entry.

Sambung, jadi kami plan nak buat farewell party sebab tahu semua akan jadi melayu kalau buat lepas SPM. Lagipun nak release tension katanya. Lagi sebulan lebih nak exam. 2 hari je sebab buat Jumaat Sabtu hari cuti dekat Johor. 12-13 November. Plan pun nak dekat seminggu, dengan list out lah. Planning lah (walaupun masa hari kejadian memang total out dari tentatif). 

And guess what, we only spend RM60 setiap seorang for our farewell party termasuk makan dan penginapan (pengangkutan dengan kaunselor yang kami panggil Bonda tp kami bayar dalam RM150). Jumlah kami semua 13 orang. 

Chalet dah tempah 2 minggu awal, Chalet Teratak Atie Ira. Sumpah best! Penginapan Bonda dengan Umi (both of our counselor) dekat bangunan lepastu ada bilik banyak-banyak macam dorm. (I'm sorry because I lost the pic of bangunan tu). Dzarifah minta review dari Bonda dengan Umi and they give full marks sebab memang selesa and chalet tu memang dekat dengan pantai. Keluar bilik dah boleh nampak pantai. Paling best, harga less than RM200 per night! Aircond of course. Tapi kami si student-student yang tahu nak enjoy je, pilih untuk duduk dekat cabin. Cabin cuma ada dua je for information. Harga pun less than RM200 per night! 2 queen bed, bilik air memang selesa. Ada aircond dengan tv! Bayangkan seronok gila buka pintu terus nmpk pantai. Malam-malam boleh main tepi pantai lagi. Selain bilik dekat bangunan dengan cabin, chalet ni pun ada sediakan chalet berbentuk rumah. Chalet ni memang various dia punya bilik. 5 out of 5 I give! Lepastu dekat dengan pantai, bila dah siap mandi terus naik bilik sbb dekat sangat.

Chalet ni pun ada mini runcit kalau nak beli makanan ringan atau aiskrim atau minuman. Ais pun ada jual, tak payah susah pergi cari dekat luar.

Lagi satu best tentang chalet ni, dia ada sediakan pondok BBQ sewa RM50 je. Pondok dia ada dua jenis, satu yang macam pondok makan kita biasa dekat sekolah(don't worry berbumbung ok!) and another is pondok 2 tingkat and kami pilih pondok 2 tingkat sbb dia dekat dgn penginapan kami dan atas tu dia boleh bersila bersantai memang best!


So this the pondok yang I had said just now. Tempat bakar dekat bawah.

Kalau nak contact chalet ni manatau nak planning holiday boleh whatsapp : 0192172317 dan untuk pertanyaan lanjut pun boleh whatsapp num tu! 

Disclaimer, I'm making honest review and bukan dibayar (bukan influencer).

Kami sampai masatu pun agak lewat. Jadi semua plan jadi lari sikit. Petang tu pun portluck lambat juga, makan pun lepas solat asar. Lupa nak bagitahu yang check in dia pukul 3pm.

Tapi planning lari pun tak kisah sebab kami semua seronok and enjoy.


Our face can describe betapa bahagianya kami.

Malam pula was the main activity iaitu BBQ. Bonda dengan Umi ada bawa dapur gas, jadi kami geng girls masak steamboat meanwhile the boys dengan part bakar-bakar. Ayam bakar, ikan bakar dengan sosej bakar total RM200 kami spend dan untuk steamboat RM150. Itu pun dah share dengan pondok sebelah and masih ada lebih. Nanti I bagi resepi stemboat on next entry.

Memang rasa macam buat rumah sendiri, masak apa semua. Pondok tu siap ada sinki tau. Sebab pondok tu menghadap pantai jadi lepas habis kami yng perempuan buat kerja kami naik tingkat atas and duduk lepak dan makan dekat atas. Angin memang sejuk. 


Stemboat.

Tapi kami yang perempuan tak adalah kejam mana, lepas habis lepak makan semua kami turun dan kemas bahagian bawah pula. Lelaki pun serbu bahagian atas. Bergilir-gilir.

Lepas selesai makan, kami buat kopi sbb chalet sediakan water heater dan minum tengah malam tepi pantai betul. Lepak sampai pukul 2 pagi. Siap main buai bagai.

The next day, sebab petang semalam tak dapat mandi pantai. So, kami mandilah pantai seawal 7.30 pagi. Punyalah beriya. Fyi, chalet kami berderet dengan chalet lain jadi ramai peniaga banana boat lalu dekat pantai chalet kitaorang. Dzarifah sebab tahu kalau pergi dengan family chances nak naik banana boat adalah rendah, so I naik 2 kali. 

Tips Dzarifah nak bagi. Kalau boleh tawar harga dengan orang banana boat tu. Dia akan bagi punya. Kawtim je. Dzarifah masa first ride kena bayaran RM10 seorang bila ride kedua dengan orang lain satu group dalam 7 orang kami bayar RM50 untuk semua. 


This pic was taken by pemandu banana boat kami yang kedua. Yang kedua ni boleh req tangkap gambar nanti dia whatsapp gambar kenangan tu. Yang second ride ni, my friends req untuk pergi jauh sikit and I dah seriau gila kot sebab takut. Laju weyh dia bawa. 

Kalau nak contact peniaga banana boat yang kami naik second ride boleh cari dekat instagram, @daniel.een atau @paizla_ 
Faiz is the one who take our pic and our pemandu.

Tips kedua, jangan mandi sangat. Sbb bila air pasang, kita tak akan sedar. Untuk elakkan kejadian tidak diingini berlaku. Kalau boleh mandi jangan ketengah sangat. Ombak agak kuat bila hujung tahun(bagi yang plan holiday hujung tahun).

Our sarapan adalah frozen yang tak habis semalam dan makanan yang tak habis semalam. Frozen food tu kami goreng. Bonda ada bawa beras dengan rice cooker so ada masak nasi sikit. Makanan port luck semalam pun tak habis so kami habiskan esok paginya. Itu pun frozen food tu ada lebih and Bonda yang bawa balik.

Pukul 12 kami checkout and balik. Dah siap kemas pondok dengan bilik, kami pun checkout. 

Review dari Dzarifah.
  • Tempat memang best, chalet sebenarnya ada buat pakej untuk hari keluarga. Tempat memang cun untuk family day ke atau gathering tu mcm kami buat farewell party.
  • Kalau plan hujung tahun macam bulan 11 atau 12, yang memang musim hujan. Elakkan mandi. Nak mandi boleh tapi dekat gigi air. Takut jadi kejadian yang tak diingini.
  • Pemandu banana boat sangat mesra pelanggan. recommended. 
  • Yang perempuan kalau pasal masalah iron jangan risau sebab chalet sediakan iron. Kena minta masa check in.
  • For this place and holiday I give 5 out of 5 sebab created memories terindah yang tak dapat dibeli. 
Thank you! Boleh check highlight Dzarifah (SLB Trips) dekat instagram kalau nak tengok suasana dekat pantai tu, @dzarifahhaneesz 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aidilfitri : Makna Raya

Struggle For PT3 !!! [Study Tips]