Menegur Adalah Tugasan, Tapi Bagaimana Teguran Yang Terbaik?

Pernah tak kita tegur seseorang lepastu riak muka dia berubah. Beware! Kerana mungkin kita dah terlukakan hati dia. Teguran yang terbaik adalah di mana kita menegurnya tanpa menggores hati mana-mana pihak. Ya, mungkin realiti itu pahit. Tapi cara kita menyedarkan mereka ke alam realiti itu mungkin akan menjadikannya sedikit manis berbanding pahitnya seperti hempedu.
              Sebenarnya cara kita menegur akan mengambarkan personaliti kita. Mungkin kebanyakkan mereka ingin menggunkan cara "ayat deep" tapi tahukah anda bahawa bukan semua orang anda boleh gunakan cara itu kerana sesetengah orang menganggapnya cara yang tidak sopan. 
                Contohnya, "DAH LELAKI TAK LAYAN KAU JANGANLAH TERGEDIK-GEDIK NAK PANGGIL." Tetapi dia panggil kerana ingin menanyakan soalan dan sedangkan lelaki itu memanggilnya kembali dan bukannya dia tergedik-gedik. How about you use a proper words to replace word "gedik". Untuk menegur, janganlah kita cepat menilai seseorang itu. "Don't judge people to quickly".
              Kesalahan kedua, menegur di khalayak ramai. Ianya seolah-olah kita hendak mengaibkannya dihadapan khalayak ramai. Fikirkan, jika kita yang berada di situasinya. Mungkin maruah kita akan tercela? Ya, dengan hanya kata-kata sahaja ia mampu mempengaruhi fikiran ramai orang. 
             Kesalahan ketiga, jika kita ingin menegur seseorang itu, pastikan kita juga tidak membuat kesalahan tersebut atau rasa respect orang terhadap kita akan berkurang. Sebagai contoh, kita menegur sesorang supaya tidak mencarut tetapi kita juga menyebut perkataan yang tidak baik. Jadi tiada bezanya.
                Cara untuk menegur yang baik adalah dengan menegurnya secara berdepan dan berdua sahaja untuk tidak mengaibkannya. Biarlah kekurangan itu hanya kita, dia dan Allah sahaja yang tahu. Berhati-hati ketika menyusun ayat, fikirkan akibat apabila kita mengeluarkan kata-kata itu. Think before we speak out. Kemudian jangan memaksa seseorang itu untuk menerima teguran kita. Jika kita tak mampu untuk melakukannya, tulislah surat tanpa pengirim. Tuliskan isi-isi yang penting dan apa yang kita rasa terhadapnya serta kesalahan kecil yang dia lakukan. Gunakan ayat yang baik-baik sahaja dan tidak mengguris hatinya ketika membaca! Kalau kita nak dia tak cam tulisan kita, boleh type dan print dari computer. Jadi penerima tidak dapat mengecamnya. Jika kita tak mampu juga, berdoalah pada Allah suapaya terbuka hatinya kerana Allah pemberi hidayah.
                 Jangalah kita berharap selepas kita menegur, seseorang itu akan terus berubah menjadi malaikat sedangkan diri kita juga tidak sempurna. Tiada yang sempurna dalam hidup ini. Cuma apa yang penting ialah usaha kita ke arah kebaikan. Hijrah itu memerlukan istiqomah. Jadikan perjalanan hidupkan indah dengan menghiaskannya dengan kebaikan. Nothing is perfect but kebikan akan menjadikannya tampak sempurna kerana kebaikan seperti make-up yang touch-up muka kita menjadi lebih berwarna-warni dan elok.-@dzrfhhhanisz
                            

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SLB Trip to Pantai Pengkalan Balak

Aidilfitri : Makna Raya

Struggle For PT3 !!! [Study Tips]