Istiqomah Itu Jihad

Kadangkala aku tersasar dari landasan. Tudung singkat, handsock terbang jauh entah kemana yang sepatutnya menutupi lenganku yang tersingkap. Aku yang dahulu sangat berbeza dengan aku yang sekarang. Penutup dagu hilang begitu sahaja. Mengapa? Kerana pengaruh persekitaran aku.

Jujur aku katakan, dunia kian mencabar. Pengaruh memainkan peranan penting. Aku dahulunya amat mengkagumi seseorang figura tetapi kini dia berubah. Sungguh. Istiqomah adalah sukar. Ya, jika iman kita tak seteguh bangunan yang gah terbina. 

Kuatkanlah iman mu. Dekatkanlah diri dengan Allah. Bersyukur jika Allah sentiasa merindui dirimu dengan memberikan peringatan. Sungguh dirimu itu amat berharga dan bernilai disisiNya. 

Dunia, tak lari dari kesilapan. Mereka yang berhijab tapi syariah yang terkandung dalam Al-Quran itu sendiri diketepikan bersepah seperti semut. Sungguh aku kagum dengan mereka yang istiqomah menutup aurat seperti syariah Islam.

Firman Allah S.W.T  yang bermaksud:

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu Berjaya” (Surah An-Nur : Ayat 31)

Allah telah berfirman, Allah telah sentiasa mengingatimu. Al-Quran, kalamullah mempunyai segala jawapan. Untukmu, wahai wanita yang istimewa, An-Nur tentang dirimu.

وَقـُل لـِّلۡمُؤۡمِنَٰتِ يَغۡضُضۡنَ مِنۡ أَبۡصَٰرِهِنَّ وَيَحۡـفـَظۡنَ فـُرُوجَهُنَّ وَلـَا يُبۡـدِينَ زِينَتـَهُنَّ إِلـَّا مَا ظـَهَرَ مِنۡهَا ۖ وَلۡـيَضۡرِبۡنَ بـِخُمُرِهـِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهـِنَّ ۖ … (النور : 31)
Katakanlah (wahai Nabi Muhammad) kepada wanita- wanita mukminah, ‘Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka dan janganlah mereka menampakkan hiasan (pakaian, atau bagian tubuh) mereka kecuali yang (biasa) nampak darinya dan hendaklah mereka menutupkan kerudung mereka ke dada mereka (QS. an-Nur [24]: 31).

Sentiasalah melihat mereka yang menutup aurat dengan sempurna. Indah. Cantik. Ayu. Qurratu 'Ain. Penyejuk mata. Hati yang keras pasti mampu lembut. Hati yang membara pasti mampu nyaman semula. Sungguh, kamu kelihatan indah menutup aurat dengan sempurna. Tak perlu mempamerkan kerana itu membuatkan kamu kelihatan exclusive. Limited edition. 

Tak perlu mengejar kecantikan Neelofa mahupun Emma Maembong. Kamu cantik dimata Allah, malaikat sering melindungimu. Bakal imammu? Allah tahu segalanya. Syurga adalah impianmu wahai bidadari dunia. Kamu perhiasan terindah yang Allah ciptakan. 

Tanamlah Al-Quran dalam hatimu, harimu. Alunkan ayat-ayat suci dalam harianmu. Walau kau serapuh abu, kau akan menjadi seteguh konkrit. 

Ingatlah, istiqomah itu jihad mu. Jihad di jalan Allah. Allah sayang kamu. Tak perlu kau menghunus senjata, tak perlu kau menjadi gagah perkasa. Kau hanya perlu melawan nafsu. Kau mampu. Allah bersamamu, malaikat melindungimu.

Ini coretan dariku, ini ingatan ikhlas untuk aku dan dirimu kerna aku hanya manusia biasa. Salam sayang, Dzarifah Hanis. Doaku sentiasa bersamamu wahai pembaca. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SLB Trip to Pantai Pengkalan Balak

Aidilfitri : Makna Raya

Struggle For PT3 !!! [Study Tips]