Ramadhan Al-Kareem: Lailatul Qadar

Its already 24 Ramadhan since we fasting. There're 5 days to go for our 1st Syawal. Now my question is, are you excited for Syawal or feel bit nervous and dissapointed because Ramadhan is leaving us soon?

21st Ramadhan, Dz pergi solat terawih memandangkan dah 10 malam terakhir Ramadhan dan nak kejar malam lailatul qadr. Sesampai je masjid, expect 3 saf akan penuh tak pun 2 saf, tp bila sampai nampak 3 saf tp ada lubang-lubang(means ada space muat lagi sorg dua) and rata-rata makcik-makcik, nenek-nenek 40an ke atas. My mama tak pergi atas tanggungjawab menjaga kak long yg sedang berpantang dan baby yang baru lahir. But I keep asking myself sepanjang dalam masjid, "Why org muda yang bertenaga boleh berjalan ke bazar Ramadhan even berpuasa seharian tak mampu solat terawih 20 rakaat sedangkan mereka yg sudah tua ini mampu?" Akhirnya Dz gagahkan diri solat terawih 20 rakaat sbb mmg dh prepare lps balik sekolah terus tidur sbb mlm nnti nk perform terawih. Lagipun kekuatan dan semangat yg Dz bina ialah dengan mencabar diri dgn mereka yg sudah tua.

I like to challange myself in doing something. Sbb manusia ni suka dan pantang dicabar, bila dicabar semua dia akan buat walaupun tak masuk akal. Cubalah cabar diri anda, In Sha Allah apa yang anda cabar akan terlaksana.

10 malam terakhir nilah kita berperang habis-habisan untuk mengejar lailatul qadr. Bayangkan kalau kita hidup tak lama, umur 20 tahun dah menghadap ilahi. Tetiba bila bulan Ramadhan, kita kejar lailatul qadr dan alhamdullilah Allah izinkan, kita dapat pahala seperti 1000 bulan beribadah. 1000➗12bulan=83 tahun 4 bulan. 83 tahun!  Bayangkan tak semua orang diizinkan Allah hidul selama 83 tahun namun hanya dengan mengejar malam lailatul qadr dan jika Allah izinkan kita bertemu dgn malam lailatul qadr, pahala ibadah kita seperti kita beribadah 83 tahun 4 bulan. Masha Allah!

Hanya mereka yang terpilih sahaja yang akan bertemu dengan malam Lailatul Qadr. Tak rasa bahagia ke kalau kita antara yang terpilih? Rasa macam kita ni istimewa di mata Allah. Rasa disayangi sgt oleh Allah sampai menjadi pilihan Allah.

Apa hikmah malam Lailatul Qadr? YA ALLAH BANYAK SGT HIKMAHNYA! Bahkan Rasullullah SAW pernah bersabda bahawa manusia akan menyesal dan akan sentiasa menanti bulan Ramadhan jika mereka mengetahui kebaikannya. 

Bulan lain ada malam Lailatul Qadr? Tidak bukan. Lailatul Qadr hanya sekali setahun. 10 hari sahaja kita mengejar untuk malam Lailatul Qadr daripada 365 hari! Sedarilah, Allah sebenarnya rindukan hambanya. Allah mencari satu saat di mana hambanya ada hanya untuknya. Macam kita spent kan masa kita khas untuk Hari Keluarga macam tu.

Allah lebih sayangkan kita lebih dr segalanya. Kerana dengan Allah juga kita diberi peluang hingga kini. Alhamdullillah. -Dzarifah Hanis. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SLB Trip to Pantai Pengkalan Balak

Aidilfitri : Makna Raya

Struggle For PT3 !!! [Study Tips]